

KUCHING: Seorang lelaki yang mencuri sebuah kenderaan dari kedai kereta terpakai di Batu 26, Jalan Kuching-Serian pada 10.00 pagi tadi berjaya dicekup oleh pihak polis.
Menurut pemilik kedai kereta terpakai berkenaan, kejadian itu berlaku pada 10.00 pagi tadi, yang mana suspek bertindak ‘melarikan’ kereta itu ketika para pekerja sedang sibuk.
Dia membuat laporan polis dengan segera, pihak polis terus melancarkan operasi dan berjaya memintas kenderaan yang dicuri dalam masa sejam.
Pegawai peronda memberhentikan kenderaan itu di tepi jalan dan berjaya menahan suspek.
Kes kini diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padawan dalam siasatan.
OLEH CONNIE CHIENG