Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Cadang pertambahan KMKK, penuhi keperluan penduduk  
  • Tengah
  • WILAYAH

Cadang pertambahan KMKK, penuhi keperluan penduduk  

Utusan Sarawak 2 months ago
CHIENG bersama penerima sijil pelanjutan jawatan bagi DUN Bukit Assek di Sibu, hari ini.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng, mencadangkan pertambahan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Kampung Saujana bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Chieng, berkata cadangan itu melibatkan pelantikan seorang Ketua Kaum Melayu memandangkan kawasan berkenaan mempunyai lebih daripada 100 lot rumah.

“Saya telah berbincang dengan penduduk setempat dan akan menulis surat kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, bagi mengemukakan permohonan ini.

“Saya berharap akan ada berita baik mengenai perkara ini tidak lama lagi, terutamanya bagi penambahan KMKK di kawasan Bukit Assek yang merupakan permintaan penduduk,” katanya selepas menyaksikan majlis penyerahan sijil pelanjutan jawatan KMKK bagi DUN Bukit Assek di sini, hari ini.

Menurutnya, tahun lalu beliau juga telah memohon pertambahan satu jawatan Ketua Kaum bagi komuniti Iban, satu jawatan Penghulu dan satu lagi jawatan Ketua Kaum untuk komuniti Melayu/Melanau di Sentosa.

Dalam pada itu, Chieng, menggesa semua KMKK agar sentiasa melengkapkan diri dengan maklumat terkini mengenai bantuan kerajaan bagi memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya.

“Sarawak sedang berkembang pesat bukan sahaja dari segi pembangunan tetapi juga dalam penyediaan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat.

“Oleh itu, saya mahu semua KMKK memastikan mereka mempunyai maklumat terkini mengenai inisiatif kerajaan, terutamanya berkaitan pembangunan di kawasan masing-masing,” katanya.

Tegasnya, pengetahuan yang mencukupi, KMKK dapat memastikan rakyat menerima manfaat yang diperuntukkan serta mempercepatkan proses penyaluran bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Dengan bekerja sebagai satu pasukan, kita dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat dan memastikan setiap bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, seramai enam individu menerima sijil pelanjutan jawatan KMKK bagi DUN Bukit Assek, terdiri daripada seorang Penghulu, dua Tuai Rumah dan tiga Kapitan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Klinik Kesihatan Jalan Lanang beroperasi secara berperingkat selepas terjejas banjir
Next: Lebih 500kg sisa makanan diselamatkan menerusi inisiatif Sifar Sisa Makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.