Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ketua kaum: Elak culas tugas
  • WILAYAH

Ketua kaum: Elak culas tugas

Utusan Sarawak 2 months ago
SESI FOTOGRAFI… Datuk Mong Dagang dan yang lain bergambar bersama semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Davis Selepong Baru, Dau Atas semalam. -Foto kredit ADUN Bukit Begunan

SRI AMAN: Setiap ketua kaum perlu mengadakan mesyuarat setiap dua bulan sekali iaitu enam kali dalam setahun, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang.

Laporan mesyuarat tersebut perlulah dihantar ke pejabat daerah masing-masing bagi proses seterusnya oleh pihak pejabat daerah.

“Terdapat juga segelintir setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang tidak bertugas dan tidak menjalankan tanggungjawabnya membuat pelaporan. 

“Dalam perkara ini, ketua kaum perlulah mencari setiausaha yang boleh bekerjasama dengan mereka, agar supaya semua urusan senang dan berjalan lancar,” katanya semasa merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Davis Selepong Baru, Dau Atas semalam.

PENGHARGAAN… Datuk Mong Dagang pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Davis Selepong Baru, Dau Atas semalam.
-Foto kredit ADUN Bukit Begunan

Ketua kaum perlu mengetahui maklumat-maklumat yang terbaharu daripada agensi kerajaan yang berkaitan.

Pada majlis tersebut, beliau telah menyampaikan sijil ketua kaum bagi Daerah Sri Aman di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan. 

Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) fasa kedua bagi pembinaan Dewan Serbaguna Selepong berjumlah RM150,000 bagi 2026. 

Manakala bagi Tadika KEMAS Selepong, RTP sebanyak RM60,000 diperuntukkan untuk 2026. Bagi JKKK Rumah Davis beliau mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM6,000 dan Biro Wanita RM3,000.

OLEH ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Bintulu-Jepak tambah daya tarikan bandar
Next: PPS Balai Raya Song ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.