

TAHAN… Sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux Single Cab dan minyak diesel yang periksa dan ditahan di tepi Jalan Melor, Bekenu petang tadi.
MIRI: Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri telah menahan seorang lelaki dan memeriksa sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux Single Cab berwarna putih di tepi Jalan Melor, Bekenu petang tadi.
Menurut kenyataan Polis Daerah Miri, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 53 tahun tersebut didapati membawa muatan disyaki minyak diesel dan pemandu tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen daripada Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Miri.
Penahanan itu adalah dalam operasi Op Taring Landai pada 6.45 petang tadi yang diketuai oleh seorang pegawai bersama empat anggota.
Kesalahan di bawah akta bekalan 1961, jumlah dan nilai rampasan ialah sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux Single Cab dan minyak diesel.
Jumlah keseluruhan nilai rampasan ialah RM94,500. Semua barang rampasan dan tangkapan diserah kepada KPDN untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Oleh Adum Liu