MANCHESTER City bangkit menemui semula prestasi mereka dengan jaringan lima gol menentang Newcastle dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam.
City di tempat kedua tewas buat kali kesembilan dalam liga musim ini di Southampton pada hari Isnin.
Tetapi pasukan Pep Guardiola kini telah memenangi keempat-empat perlawanan Liga Perdana mereka di Etihad sejak liga disambung semula dengan jumlah jaringan 17-0 setelah mengalahkan Newcastle 5-0.
Gabriel Jesus merupakan salah satu penyebab utama ketika melepaskan peluang di St Mary’s, tetapi pemain dari Brazil itu hanya memerlukan 10 minit untuk menjaringkan gol ketika menentang Newcastle ketika dia menolak masuk hantaran silang David Silva ke sudut bawah.
Kevin De Bruyne kemudian melakukan umpanan untuk Riyad Mahrez menjaringkan gol kedua tuan rumah.
City lebih bernasib naik dengan gol ketiga apabila percubaan Matt Ritchie untuk mengeluarkan bola terkena Federico Fernandez sebelum masuk ke dalam gawang sendiri.
Penampilan Silva di Etihad semakin menuju ke penghujung, dengan pemain dari Sepanyol itu akan mengakhiri tempoh 10 tahun beliau di Manchester apabila musim ini berakhir pada bulan Ogos.
Dia meninggalkan satu lagi peringatan mengapa dia akan sangat dirundui dengan sepakan percuma yang hebat untuk menjadikannya kedudukan 4-0.
Dan Silva melakukan ‘assist’ dalam masa kecederaan untuk Raheem Sterling melengkapkan pesta gol City.
“Persembahan beliau hari ini dan dalam permainan terakhir, taraf yang dia miliki adalah yang terbaik musim ini,” kata Guardiola mengenai Silva.
City akan mengetahui minggu depan jika rayuan kelab terhadap panggantungan dua musim daripada pertandingan Eropah di Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan berjaya atau tidak.
Tetapi mereka hampir menyelesaikan tugas tugas di atas padang untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara UEFA untuk musim ke-10 berturut-turut dengan kelebihan 14 mata berbanding Manchester United di tangga kelima.
“Kami bermain dengan bagus, tahap yang sama dengan permainan terakhir. Hari ini kami menjaringkan gol yang kami ketinggalan yang tidak kami lakukan dalam perlawanan sebelum ini,” kata Guardiola. – AFP