Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dua penalti bantu PDRM akhiri episod kekalahan
  • SUKAN

Dua penalti bantu PDRM akhiri episod kekalahan

Utusan Sarawak 2 months ago
PEMAIN PDRM FC Bruno Suzuki diasak pemain Negeri Sembilan FC Zainal Abidin Jamil pada saingan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium Perbandaran Selayang. Keputusan semasa, PDRM FC 0-1 Negeri Sembilan FC.
Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: PDRM FC menamatkan rekod empat kekalahan berturut-turut apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Negeri Sembilan FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini, malam tadi.

Pada aksi itu, pasukan pelawat bimbingan K. Nantha Kumar terlebih dahulu membuka akaun gol menerusi penyudah penyerang kebangsaan Myanmar Hein Htet Aung pada minit ketujuh.

Namun, dua sepakan penalti dihadiahkan pengadil Muhammad Munir Mohd Izam di babak kedua perlawanan pada minit ke-72 dan ke-86 menyelamatkan maruah PDRM.

Penalti pertama diberikan selepas Aroon Kumar menjatuhkan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi sementara penalti kedua apabila Mohamad Hariz Kamaruddin menjatuhkan Muhammad Shahrel.

Penyerang import dari Brazil Bruno Suzuki dengan tenang menyempurnakan tanggungjawab dalam kedua-dua momen getir itu.

Selepas 21 perlawanan, PDRM yang merupakan naib juara Piala Cabaran musim ini kini berada di kedudukan kelapan dengan mengumpul 24 mata, berkongsi mata dengan Perak FC di posisi ketujuh.

Sementara Negeri Sembilan kekal di tempat kedua tercorot dengan mengutip 13 mata. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Brighton sekat hajat City
Next: Muhammad Shah Firdaus raih emas Piala Negara-Negara UCI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.