Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Operasi SAR cari lelaki hilang diteruskan
  • KEMALANGAN

Operasi SAR cari lelaki hilang diteruskan

Utusan Sarawak 2 months ago
PASUKAN penyelamat mengadakan taklimat bersama agensi berkaitan di Pos Kawalan Bomba dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri hilang di Sungai Sageng, Simunjan. Foto BOMBA

SIMUNJAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri hilang di Sungai Sageng masih diteruskan.

Sehingga 4.45 petang tadi, pasukan penyelamat masih belum menemui mangsa, dan operasi akan disambung esok.

Pasukan SAR yang terdiri daripada anggota Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung menggunakan tiga bot bagi memperluaskan radius pencarian sejauh 20 kilometer, meliputi Sungai Ba, Kampung Lubuk Bunting dan Kampung Lubok Pungur.

ANGGOTA bomba meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri hilang di Sungai Sageng, Simunjan menggunakan bot penyelamat. Foto BOMBA

Pagi tadi, taklimat bersama agensi lain diadakan sebelum pencarian diteruskan sekitar lokasi mangsa terakhir dilihat, termasuk kawasan Kampung Sungai Labi dan sepanjang Sungai Batang Sadong.

Semalam, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 12.39 tengah hari.

Pasukan penyelamat tiba di lokasi satu minit kemudian dan segera melancarkan operasi SAR yang diketuai oleh PBK I Adam Sulaiman.

Mangsa, Hamil Hamdan, 43, dilaporkan keluar dari rumahnya di Kampung Sageng sekitar 11.00 pagi pada 13 Mac untuk menangkap ikan namun tidak pulang.

Penduduk kampung kemudian menemui bot serta peralatan menangkap ikan milik mangsa di Sungai Segali, mencetuskan kebimbangan mengenai keadaannya.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua penunggang maut motosikal rempuh pacuan empat roda
Next: Pemandu van patah kaki, tujuh penumpang selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.