Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Bintulu-Jepak pacu pertumbuhan sosioekonomi Sarawak
  • TEMPATAN

Jambatan Bintulu-Jepak pacu pertumbuhan sosioekonomi Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
JAMBATAN Bintulu-Jepak memendekkan perjalanan dari Lapangan Terbang Bintulu ke pusat bandar daripada 22 kilometer kepada hanya 6.4 kilometer, sekali gus memberikan kemudahan yang lebih baik kepada penduduk dan pelawat. Foto CAROLYNE UTIH

BINTULU: Jambatan Bintulu-Jepak merupakan projek infrastruktur utama yang bakal menjadi pemangkin pembangunan di kawasan Bintulu dan sekitarnya.

Dengan panjang sekitar 1.2 kilometer, jambatan tersebut merentasi Sungai Kemena dan akan menghubungkan bandar Bintulu dengan kawasan Jepak, menggantikan perkhidmatan feri yang selama ini digunakan oleh penduduk.

Setelah siap sepenuhnya, ia akan memendekkan perjalanan dari Lapangan Terbang Bintulu ke pusat bandar daripada 22 kilometer kepada hanya 6.4 kilometer, sekali gus memberikan kemudahan yang lebih baik kepada penduduk dan pelawat.

Projek bernilai RM460 juta itu turut digambarkan sebagai versi Bintulu bagi Jambatan Golden Gate di San Francisco, dengan reka bentuk moden yang bakal menjadi mercu tanda baharu bagi bandar ini.

Jambatan itu dijangka mempercepat perjalanan, meningkatkan kesalinghubungan, serta merangsang pertumbuhan ekonomi dan industri, khususnya di Tanjung Kidurong dan Taman Perindustrian Samalaju.

Dengan pembukaannya yang semakin hampir, Jambatan Bintulu-Jepak dijangka memberi impak besar dalam meningkatkan kemudahan pengangkutan, menarik lebih banyak pelaburan, dan memacu pertumbuhan sosioekonomi di Sarawak.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM150,000 naik taraf Surau Kampung Bunga Siantan
Next: Elak penghijrahan tenaga kerja ke luar negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.