Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Iftar bersama erat ukhuwah
  • WILAYAH

Iftar bersama erat ukhuwah

Utusan Sarawak 2 months ago
BUKTI KEPRIHATINAN... Azlan Baqee Abdullah menyampaikan sumbangan kepada Masjid Al-Madinatul Husna di Sibu Jaya sambil disaksikan oleh Fathi Hambali.

SIBU: Majlis Iftar Jamaie Sibu Jaya 2025 bukan sekadar acara berbuka puasa, tetapi simbol kebersamaan dan ukhuwah yang erat dalam komuniti di bandar baharu itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Fathi Hambali berkata, majlis tersebut bukan sahaja membawa keberkatan, malah memperkukuhkan hubungan antara komuniti dan organisasi yang terlibat.

“Semoga semangat perpaduan ini terus subur dan Masjid Al-Madinatul Husna kekal sebagai pusat ibadah serta kegiatan kemasyarakatan yang bermanfaat untuk generasi kini dan akan datang,” katanya semasa berucap pada majlis tersebut di Masjid Al-Madinatul Husna, Sibu Jaya, malam tadi.

Beliau berkata, majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian sumbangan oleh HDC kepada Masjid Al-Madinatul Husna sebagai tanda keprihatinan terhadap pembangunan dan kebajikan masyarakat setempat.

“Saya amat berbesar hati dapat bersama-sama dengan agensi-agensi berkaitan serta komuniti Islam di Sibu Jaya dalam majlis yang bermakna ini. Tambahan pula, kita berhimpun di masjid baharu yang menjadi kebanggaan penduduk Sibu Jaya,” katanya.

Katanya, Masjid Al-Madinatul Husna menjadi kebanggaan penduduk Sibu Jaya, mula dibina pada 7 Ogos 2019 dan siap sepenuhnya pada 5 Oktober 2023 dengan peruntukan sebanyak RM28 juta.

“Masjid ini telah dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 1 Mac 2024, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha menyediakan kemudahan ibadah yang selesa dan moden kepada masyarakat setempat.

Beliau berharap semangat perpaduan terus subur dan Masjid Al-Madinatul Husna kekal sebagai pusat ibadah serta kegiatan kemasyarakatan yang bermanfaat untuk generasi kini dan akan datang.

Pada majlis tersebut, beliau juga menyaksikan penyerahan sumbangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AmCorp Properties, Azlan Baqee Abdullah kepada masjid berkenaan.

OLEH AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Penduduk rumah panjang pelajari ilmu cegah kebakaran
Next: Tabung Bencana Kebakaran bukti keprihatinan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.