Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Geran MRP RM299,500 manfaatkan 79 organisasi
  • TEMPATAN

Geran MRP RM299,500 manfaatkan 79 organisasi

Utusan Sarawak 2 months ago
MANFAATKAN RAKYAT… Datuk Rubiah Wang merakam kenangan bersama para penerima geran MRP pada Program Semarak Ukhwah Parlimen Kota Samarahan di Dewan Dato Wan Ahmad Shabri Zainuddin, RISDA Negeri Sarawak hari ini. Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM299,500 yang diserahkan kepada 79 organisasi di sini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.

Geran tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang pada Program Semarak Ukhwah Parlimen Kota Samarahan di Dewan Dato’ Wan Ahmad Shabri Zainuddin, RISDA Negeri Sarawak hari ini.

Ia dijangka memanfaatkan 79 organisasi di kawasan Parlimen Kota Samarahan, yang merangkumi jawatankuasa 39 masjid, 37 surau dan sebuah pusat tahfiz.

Dalam ucapannya, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Samarahan menegaskan kepentingan penggunaan dana tersebut secara berhemah bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat setempat.

Beliau berharap peruntukan yang disalurkan itu akan membantu masjid dan surau memperkasa aktiviti keagamaan di kampung masing-masing, selaras dengan usaha mengimarahkan institusi keagamaan di kawasan Parlimen Kota Samarahan.

HADIR… Datuk Rubiah Wang semasa menghadiri Program Semarak Ukhwah Parlimen Kota Samarahan di Dewan Dato Wan Ahmad Shabri Zainuddin, RISDA Negeri Sarawak hari ini. Foto UKAS

Turut hadir, wakil Residen Bahagian Samarahan Hassanal Abdul Wahid, Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan Bahrain Kawi, Penolong Pegawai Daerah Samarahan Hayati Sahari dan Temenggung Masyarakat Melayu Bahagian Samarahan Chek Bujang. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MGTC komited majukan teknologi hijau
Next: Lelaki dikhuatiri hilang ketika tangkap ikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.