Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Israel cuba langgar gencatan senjata
  • GLOBAL

Israel cuba langgar gencatan senjata

Utusan Sarawak 2 months ago

KUBUR BESAR…Anggota pasukan pertahanan awam Palestin menemui mayat yang tertimbus di kawasan Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza. – Foto AFP

GAZA: Kumpulan pejuang Hamas sekali lagi menuntut tentera Israel berundur dari selatan Gaza dan pada masa sama, mendakwa Israel cuba melanggar syarat gencatan senjata dalam rundingan fasa seterusnya perjanjian terbabit.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem, berkata, tentera Israel sepatutnya sudah berundur daripada suatu kawasan di sepanjang sempadan Gaza-Mesir dalam fasa pertama gencatan senjata yang bermula pada 18 Januari lepas.

Hamas menuduh Israel mengekalkan kehadiran tenteranya di Koridor Philadelphi yang strategik, manakala Israel menegaskan pihaknya perlu mengawal kawasan itu bagi menghalang penyeludupan senjata ke wilayah Palestin yang melalui sempadan Mesir.

Qassem menjelaskan koridor itu menjadi salah satu isu utama dalam rundingan yang mana Qatar dan Amerika Syarikat (AS) bertindak selaku pengantara di Doha, mengenai fasa seterusnya gencatan senjata.

“Laporan menunjukkan cadangan baharu sedang dikemukakan untuk mengelak daripada perjanjian Gaza yang dipersetujui sebelum ini.

“Mesyuarat dengan perantara di Doha masih berterusan. Kami berpegang kepada apa yang dipersetujui dan bersedia memasuki fasa kedua,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Israel juga mesti memenuhi janjinya, termasuk ‘berundur sepenuhnya dari Semenanjung Gaza’ dan ‘mula berundur dari Koridor Philadelphi’ bagi membolehkan sebarang perjanjian fasa kedua bagi menamatkan perang bermula.

“Israel juga belum melaksanakan protokol kemanusiaan dalam perjanjian Gaza,” jelas beliau.

Sejak 2 Mac lalu, Israel menghentikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi menekan Hamas supaya membebaskan semua tebusan yang masih ditahan sejak serangan 2023.

“Kami tidak mahu kembali kepada peperangan, tetapi jika Hamas terus menyerang, kami tiada pilihan selain mempertahankan rakyat kami,” kata jurucakap Israel.

Fasa pertama gencatan senjata berakhir pada 1 Mac tanpa sebarang persetujuan mengenai peringkat seterusnya. Israel hanya bersetuju melanjutkan syarat-syarat fasa pertama gencatan senjata.

Fasa kedua sepatutnya membawa kepada pengunduran Israel dari Gaza sebagai sebahagian daripada proses menamatkan perang yang telah memusnahkan wilayah itu dan meragut puluhan ribu nyawa.

Delegasi perunding Israel sudah pun berada di Doha minggu ini untuk menyertai rundingan.

Media Israel semalam melaporkan Israel meminta beberapa tebusan yang masih hidup atau sudah meninggal dunia daripada 58 yang masih belum diketahui nasibnya di Gaza, sebagai pertukaran bagi lanjutan gencatan senjata selama 50 hari.

Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menolak laporan itu dan menyifatkannya sebagai ‘berita palsu’. – AFP

Continue Reading

Previous: Paras laut meningkat lebih cepat, pantas
Next: Puting beliung landa selatan California

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.