Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf jalan pertanian di Sungai Tali Paun dilaksana tidak lama lagi
  • WILAYAH

Naik taraf jalan pertanian di Sungai Tali Paun dilaksana tidak lama lagi

Utusan Sarawak 2 months ago
MOHAMAD Duri menyaksikan sesi serah tapak projek naik taraf jalan pertanian dan kerja-kerja berkaitan di kawasan Sungai Tali Paun, petang tadi. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Projek menaik taraf jalan pertanian serta kerja-kerja berkaitan di kawasan Sungai Tali Paun, iaitu di seberang Pekan Saratok akan bermula tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata Syarikat Abadi Enterprise telah dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Betong selaku agensi pelaksana projek setelah melalui proses tender yang diadakan pada tahun lalu.

“Ini merupakan berita yang sangat gembira buat rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka apabila projek yang dipohon oleh rakyat sebelum ini, akhirnya bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

“Saya berharap pelaksanaan projek itu nanti akan memberi manfaat kepada masyarakat sekitar terutamanya golongan pekebun kecil,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Duri telah menghadiri majlis ringkas serah tapak projek naik taraf jalan pertanian dan kerja-kerja berkaitan di kawasan Sungai Tali Paun, seberang Pekan Saratok petang tadi.

Menurut beliau, projek di Sungai Tali Paun itu merupakan antara empat daripada projek yang diluluskan oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), yang bernilai keseluruhan RM10.72 juta.

MOHAMAD Duri mendengar taklimat semasa menghadiri majlis ringkas serah tapak projek naik taraf jalan pertanian dan kerja-kerja berkaitan di kawasan Sungai Tali Paun, petang tadi. Foto ADUN Kalaka

Tiga projek lain ialah kerja-kerja menaik taraf pintu air di Kampung Kupang, kerja-kerja menaik taraf pintu air di Kampung Perpat Kabong dan kerja-kerja menaik taraf pintu air di Kampung Paloh Kabong.

“Saya berharap dengan kerjasama semua serta agensi pelaksana untuk terus turun padang bagi memantau pelaksanaan projek itu nanti,” katanya.

Mohamad Duri menambah, kerajaan Sarawak di bawah BDDA telah merancang projek-projek pembangunan berterusan, terutamanya di kawasan DUN Kalaka, yang dijangka memberikan impak tinggi sekali gus meningkatkan sosioekonomi masyarakat di luar bandar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perkukuh hubungan pemimpin, rakyat
Next: Masjid baharu untuk Kampung Melayu Tanjung Bijat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.