Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ramalan permintaan minyak global tidak berubah untuk 2025, 2026
  • GLOBAL

Ramalan permintaan minyak global tidak berubah untuk 2025, 2026

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR yang diambil pada 30 November 2023 menunjukkan ibu pejabat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) di Vienna, Austria. Foto Xinhua/He Canling

VIENNA: Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengumumkan bahawa ramalan sebelumnya untuk pertumbuhan permintaan minyak global pada 2025 dan 2026 kekal tidak berubah, lapor Xinhua.

Dalam laporan pasaran minyak bulanannya yang dikeluarkan pada Rabu, OPEC menjangkakan peningkatan dalam permintaan minyak global. Ia menganggarkan peningkatan sebanyak 1.45 juta tong sehari (bpd) pada 2025 dan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 1.43 juta bpd pada 2026, kedua-duanya tidak berubah daripada penilaian bulan lepas.

“Jumlah permintaan minyak dunia dijangka purata 105.2 juta bpd pada 2025, disokong oleh permintaan perjalanan udara yang kukuh dan mobiliti jalan raya yang sihat, serta aktiviti perindustrian, pembinaan dan pertanian yang sihat di negara-negara bukan OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi),” kata OPEC.

Pertubuhan itu juga membiarkan unjuran pertumbuhan ekonomi globalnya untuk 2025 dan 2026 tidak berubah, meramalkan pengembangan 3.1 peratus tahun ini dan 3.2 peratus pada tahun berikutnya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pelancaran roket batal, 2 angkasawan terpaksa tunggu lagi
Next: Rancang tempatkan pegawai terlibat rasuah di penjara pulau terpencil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.