Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Agih 800 bubur kacang hijau kepada penduduk Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

Agih 800 bubur kacang hijau kepada penduduk Kabong

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Mohd Chee Kadir menghadiri majlis pengagihan bubur kacang hijau anjuran Persatuan RELA Kabong di Kabong Town Square, petang tadi. Foto ADUN Kabong

KABONG: Persatuan RELA Kabong berjaya mengagihkan sebanyak 800 bungkus bubur kacang hijau percuma kepada penduduk Kabong, petang tadi.

Program agihan bubur kacang hijau yang diadakan di Kabong Town Square itu diadakan secara gotong-royong antara ahli Persatuan RELA Kabong dan penduduk sekali gus dilihat hubungan silaturahim antara penduduk terjalin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata bersedekah merupakan satu amalan yang amat mulia pada Ramadan, justeru meningkatkan ibadah masyarakat.

AGIH… Dato Mohd Chee Kadir agih bubur kacang hijau kepada penduduk Kabong. Foto ADUN Kabong

Beliau berkata, amalan bersedekah bukan setakat memberi wang ringgit tetapi dengan menghulurkan pelbagai sumbangan termasuk makanan dan minuman.

“Sebagai contoh di Makkah, amalan bersedekah menjadi kebiasaan penduduknya kerana di sana kita dapat menikmati sedekah yang diberikan.

“Kita amat kagum dengan amalan bersedekah yang dilakukan oleh penduduk di Makkah kerana semua lapisan masyarakat tidak mengira pangkat dan darjat mereka menikmati sedekah itu.

“Justeru, dengan amalan bersedekah kita juga mendapat kemuliaan di sisi masyarakat,” katanya semasa menghadiri majlis pengagihan bubur kacang hijau anjuran Persatuan RELA Kabong di Kabong Town Square, petang tadi.

Chee Kadir menarik perhatian, amalan bersedekah tidak semestinya dilakukan pada Ramadan sahaja, sebaliknya boleh dilakukan pada setiap masa untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Kita akui bahawa masyarakat kita sememangnya bermurah hati menjalani ibadah bersedekah. Sebab, amalan itu adalah amat mulia,” katanya.

Turut hadir, Datin Meryani Yassin, Penolong Pegawai RELA Daerah Saratok, PPgKR Siti Nurasmahusna Johari, Penghulu Sani Mohd, Penghulu Rahman @ Dom Kapok dan Kaunselor Johan Rahman.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MLNG sokong usaha pemulihan pascabanjir
Next: Sistem EWS dicadangkan di Annah Sadir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.