Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PUSAKA terus mengorak langkah terajui teknologi hijau
  • TEMPATAN

PUSAKA terus mengorak langkah terajui teknologi hijau

Utusan Sarawak 2 months ago
PENGHARGAAN… Haluyah Awi (tengah) menyampaikan cenderamata semasa kunjungan delegasi Jawatankuasa SmartGreen Kolej Komuniti MasGading (KKMG), di Ibu Pejabat PUSAKA, hari ini.

PETRA JAYA: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) terus mengorak langkah dalam menerajui teknologi hijau sebagai usaha memperkukuh kelestarian alam sekitar.

Komitmen ini seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan Global (SDG) dan aspirasi Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), memastikan negeri ini kekal sebagai peneraju pembangunan hijau.

Timbalan Pengurus Besar PUSAKA, Haluyah Awi berkata, kerjasama erat antara pelbagai pihak, termasuk pemain industri, mampu melahirkan generasi muda yang lebih peka terhadap kepentingan teknologi hijau.

“Semua pihak perlu proaktif dalam menerokai peluang kolaborasi, terutamanya dalam penyelidikan dan inovasi hijau seperti pembangunan produk berasaskan buluh dan kayu lestari.

“Selain itu, program pendidikan seperti bengkel dan latihan industri juga penting untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai amalan terbaik dalam pengurusan sumber semula jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima lawatan muhibbah Jawatankuasa SmartGreen Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) ke Ibu Pejabat PUSAKA, di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pengurusan yang juga Penasihat Jawatankuasa SmartGreen KKMG, Munirah Yahya menyatakan harapan agar lebih banyak kolaborasi dapat dijalin bersama PUSAKA bagi memacu kelestarian alam sekitar.

“Kunjungan ini membuka peluang kepada kami untuk mempelajari lebih banyak inisiatif PUSAKA ke arah kelestarian alam. Antaranya termasuk usaha menanam buluh sebagai sumber alternatif bahan mentah, sekali gus mengurangkan pergantungan kepada kayu hutan semula jadi,” jelasnya.

Susulan itu, beliau berkata, Kolej Komuniti Mas Gading berminat untuk meneroka peluang kerjasama dengan PUSAKA dalam aktiviti penanaman buluh sebagai sebahagian daripada pembangunan teknologi hijau.
Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi UiTM Cawangan Sarawak
Next: Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.