Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi UiTM Cawangan Sarawak
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi UiTM Cawangan Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
DELEGASI Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, berkenan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak yang diketuai oleh Profesor Dr. Firdaus Abdullah, Rektor UiTM Cawangan Sarawak di Bilik Menghadap Utama, Astana Negeri Sarawak.

Turut serta dalam pertemuan ini ialah Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) Profesor Madya Ts. ChM. Dr. Mohammad Isa Mohamadin, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) Profesor Madya Dr. Saimi Bujang, Timbalan Rektor (Penyelidikan & Jaringan Industri) Profesor Ir. Dr. Juferi Idris,
Timbalan Pendaftar Kanan Mohd Hasimi Abdullah, Penolong Pendaftar Alia Fatin Ibrahim dan Koordinator Unit Komunikasi Korporat Yaziz Kasim.

DELEGASI Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak merakamkan gambar kenangan bersama Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah. Foto Astana Negeri Sarawak

Selain memperkenalkan Rektor baharu yang telah memulakan tugas pada 1 Februari yang lalu, pertemuan ini turut membincangkan peranan UiTM dalam ekosistem pendidikan tinggi di Sarawak.

Pelbagai cabaran dan peluang dibincangkan, termasuk usaha memperkukuh UiTM sebagai pemacu utama pembangunan modal insan Bumiputera di negeri ini.

Tun Wan Junaidi turut menekankan kepentingan pendidikan tinggi sebagai medan bukan sahaja untuk memperoleh sijil, tetapi juga untuk membentuk pemikiran kritis, semangat keusahawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.

Pendidikan yang berkualiti bukan sekadar melahirkan graduan, tetapi membentuk individu yang mampu menyumbang secara bermakna kepada masyarakat dan negara.

Tun Wan Junaidi menghargai pertemuan ini dan berharap agar perbincangan yang berlangsung dapat diterjemahkan ke dalam tindakan nyata demi manfaat semua pihak.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Puan Sri Juma’ani ceriakan 50 pelatih PPDK Sri Satok
Next: PUSAKA terus mengorak langkah terajui teknologi hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.