
PETRA JAYA: Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri Program Adiwarna Aidilfitri di Mydin Vista Tunku, di sini, hari ini.
Program tersebut melibatkan 50 pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Satok, bertujuan menceriakan mereka dalam suasana menjelang sambutan Aidilfitri.

Dalam program ini, Puan Sri Juma’ani turut beramah mesra dengan para pelatih dan menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan serta keprihatinan terhadap golongan istimewa.

Program Adiwarna Aidilfitri ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati kemeriahan Aidilfitri tanpa mengira latar belakang.