Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki cuba terjun dari jejambat berjaya dihalang
  • Utara
  • WILAYAH

Lelaki cuba terjun dari jejambat berjaya dihalang

Utusan Sarawak 2 months ago
BANTUAN orang awam yang berada di lokasi, seorang lelaki berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

MIRI: Tindakan pantas anggota bomba dan orang awam berjaya menghalang seorang lelaki yang dipercayai cuba terjun dari jejambat di Jalan Miri-Pujut, di sini, malam tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.39 malam tentang kejadian itu.

Katanya, pasukan bomba dikerah dengan segera ke lokasi untuk cuba memujuk mangsa agar tidak bertindak di luar kawalan.

“Dalam cuba memujuk, mangsa bertindak melarikan diri ke jalan utama.

“Dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi, lelaki tersebut berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Pihak bomba turut menasihatkan orang ramai yang mengalami tekanan atau menghadapi masalah supaya mendapatkan bantuan daripada pihak berwajib atau menghubungi talian sokongan psikososial bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MDLBS umum perubahan aliran trafik di Lorong Sibu Jaya Timur 3
Next: JKM salur bantuan kepada 4,564 penerima

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.