Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MDLBS umum perubahan aliran trafik di Lorong Sibu Jaya Timur 3
  • Tengah
  • WILAYAH

MDLBS umum perubahan aliran trafik di Lorong Sibu Jaya Timur 3

Utusan Sarawak 2 months ago
PERUBAHAN ALIRAN TRAFIK… MDLBS mengumumkan perubahan aliran trafik di Lorong Sibu Jaya Timur 3, berkuat kuasa mulai esok.

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) mengumumkan perubahan aliran trafik di Lorong Sibu Jaya Timur 3, berkuat kuasa mulai esok.

MDLBS memberitahu, ini bertujuan untuk meningkatkan kelancaran lalu lintas serta mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan.

Mengikut notis pemberitahuan yang dikeluarkan MDLBS, beberapa jalan di sekitar kawasan perniagaan dan perumahan di Sibu Jaya akan mengalami penyusunan semula laluan trafik.

Peta perubahan menunjukkan aliran baharu yang ditandakan dengan anak panah kuning, sementara beberapa laluan sedia ada akan dikekalkan dan ditandakan dengan anak panah merah.

Antara perubahan utama yang bakal dilaksanakan termasuk pelaksanaan laluan sehala baharu bagi memastikan perjalanan lebih teratur dan selamat, penyusunan semula pintu masuk dan keluar di lokasi tumpuan seperti Parkcity Foodcourt dan Everwin dan penyediaan akses jalan yang lebih lancar bagi kemudahan penduduk serta peniaga di kawasan tersebut.

MDLBS menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi papan tanda baharu dan mengikuti arahan keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada MDLBS menerusi laman web rasmi atau saluran media sosial mereka.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Sarawak di Serian
Next: Lelaki cuba terjun dari jejambat berjaya dihalang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.