Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Sarawak di Serian
  • Selatan
  • WILAYAH

Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Sarawak di Serian

Utusan Sarawak 2 months ago
SIDANG MEDIA… Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi (tengah), bersama tetamu kehormat ketika mengetuai sidang media majlis sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Sarawak 1446H/2025M di Pejabat Residen Serian, hari ini. Foto TVS

SERIAN: Majlis Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Sarawak 1446H/2025M bakal berlangsung di Serian pada 17 Mac ini dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, turut dijadualkan menghadiri majlis tersebut bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Jumaani Tun Tuanku Bujang, bagi menyemarakkan lagi sambutan.

Lebih 1,000 jemaah dijangka menghadiri majlis tersebut, menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Sebanyak 800 orang daripada jumlah tersebut, termasuk pemimpin komuniti, kakitangan kerajaan, wakil institusi keagamaan, pertubuhan dan persatuan, pasukan keselamatan, pelajar serta penduduk setempat, dijangka menghadiri majlis itu, menurutnya lagi pada sidang media majlis sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Sarawak 1446H/2025M di Pejabat Residen Serian, hari ini.

Menampilkan tema Sarawak Maju Makmur, majlis yang akan diadakan di Masjid Bahagian Serian ini dijadualkan bermula pada 6.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik turut disusun, seperti majlis berbuka puasa, solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih, serta penyampaian tazkirah khas oleh Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin.

Di samping itu, majlis turut menyaksikan perasmian projek naik taraf masjid sebagai salah satu agenda utama.

Beberapa program sampingan juga telah dirancang bagi menyerikan lagi sambutan. Antaranya Forum Hal Ehwal Islam Sarawak dan Jualan Rahmah yang akan diadakan pada 14 Mac, diikuti dengan Ceramah Perdana pada 15 Mac, manakala program Mushaf Exchange dan Quran Hour dijadualkan pada 17 Mac.

Oleh Amanda L.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Batu Wangkang berpotensi dipromosikan sebagai destinasi pelancongan
Next: MDLBS umum perubahan aliran trafik di Lorong Sibu Jaya Timur 3

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.