Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 17 suspek diburu terlibat serangan bom di Sungai Golok
  • GLOBAL

17 suspek diburu terlibat serangan bom di Sungai Golok

Utusan Sarawak 2 months ago
KEADAAN kawasan serangan bom dan tembakan di Pejabat Daerah Sungai Golok, di sini, Sabtu lalu.-FOTO BERNAMA

NARATHIWAT: Polis Thailand sedang memburu 17 individu yang disyaki terlibat dalam serangan bom dan tembakan di Pejabat Daerah Sungai Golok, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Bahagian Ke-9 (Region 9 Chief Police), Leftenan Jeneral Polis Piyawat Chalermsi berkata polis telah mengenal pasti 17 individu terlibat dalam serangan yang menyebabkan dua anggota sukarelawan pertahanan maut.

“Berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, polis mendapati seramai 17 individu disyaki terlibat dalam serangan pada 8 Mac.

“Polis turut menemui tiga buah kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda yang digunakan dalam serangan. Siasatan terperinci sedang dilakukan untuk mengenal pasti pemilik kenderaan terlibat,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau berkata semua suspek yang disyaki terlibat dalam serangan pada Sabtu lepas mempunyai rekod jenayah lampau serta dikehendaki polis kerana mempunyai waran tangkap.

Piyawat berkata polis sedang mempergiatkan usaha menjejaki kesemua suspek selain mempertingkatkan kawalan keselamatan untuk membina keyakinan dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong

Sabtu lalu, beberapa insiden letupan bom dan tembakan yang berlaku di Wilayah Narathiwat dan Pattani telah mengorbankan lima nyawa serta mencederakan 13 yang lain.-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Putin yakin tentera ‘bebaskan’ wilayah Kursk
Next: 13 maut, 20 cedera kemalangan bas di Bolivia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.