Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari saksi penyerahan zakat berjumlah keseluruhan RM387,439
  • TEMPATAN

Abang Johari saksi penyerahan zakat berjumlah keseluruhan RM387,439

Utusan Sarawak 2 months ago
PENYERAHAN zakat berjumlah RM363,426 daripada Syarikat Petronesa Sdn Bhd, dan RM12,000 daripada Syarikat Sanjung Etika Sdn Bhd dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki kepada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohd Sibli Abang Mohd Nailie. Foto Pejabat Premier Sarawak

PETRA JAYA: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Kumpulan Yayasan Sarawak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

Majlis tahunan ini menghimpunkan kira-kira 950 kakitangan Yayasan Sarawak bersama keluarga mereka, menjadikannya sebuah acara penuh kebersamaan dan keberkatan.

Sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak, Abang Johari turut berbuka puasa bersama tetamu yang hadir sebelum menunaikan solat fardhu Maghrib.

Suasana bertambah bermakna apabila beliau menyaksikan penyerahan zakat berjumlah RM363,426 daripada Syarikat Petronesa Sdn Bhd dan RM12,000 daripada Syarikat Sanjung Etika Sdn Bhd.

Penyerahan zakat ini dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menyaksikan Pometia Sdn Bhd menyerahkan zakat berjumlah RM12,013 melalui Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mersal Abang Rosli. Foto Pejabat Premier Sarawak

Selain itu, Pometia Sdn Bhd turut menyerahkan zakat berjumlah RM12,013 melalui Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mersal Abang Rosli.

Semua sumbangan zakat ini telah disampaikan kepada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohd Sibli Abang Mohd Nailie.

Tidak hanya itu, majlis turut membawa keceriaan kepada 20 pelajar daripada keseluruhan 302 penerima daripada Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN), Yayasan Sarawak International Secondary School (cawangan Petra Jaya, Kuching dan Sibu), pelajar tajaan Yayasan Sarawak di bawah Program Pertukaran Pelajar, serta anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak.

Mereka menerima sumbangan duit raya secara simbolik yang disampaikan sendiri oleh Premier Sarawak, menjadikan majlis ini lebih bermakna dalam semangat Ramadan.

Majlis diakhiri dengan sembahyang Isyak berjemaah diikuti sembahyang sunat tarawih yang diimamkan oleh Imam Besar Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi hadir majlis berbuka puasa PDRM
Next: Sumbangan syarikat korporat, swasta dialu-alukan sepanjang Ramadan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.