Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Remaja merajuk, lari ke rumah kenalan Facebook
  • JENAYAH

Remaja merajuk, lari ke rumah kenalan Facebook

Utusan Sarawak 2 months ago
ACP Mohd Iqbal Ibrahim

SHAH ALAM: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 pada Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mangsa yang keluar dari rumah pada 8 pagi, Ahad telah menaiki bas di Seksyen 20 ke stesen bas di Bukit Jalil. 

“Mangsa yang tiada hala tuju menumpang tidur di Surau Darul Bukit Jalil untuk dua malam sebelum mengambil keputusan ke rumah kawan lelakinya yang dikenali melalui Facebook, di Kuala Terengganu dengan menaiki bas.

“Setelah sampai di Terengganu, kawan mangsa terus menghubungi keluarga remaja itu memberitahu mangsa telah sampai di Kuala Terengganu berikutan ahli keluarganya ada memaklumkan mangsa telah lari dari rumah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Keluarga kawan mangsa kemudiannya terus membawa remaja itu ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis dan siasatan lanjut mendapati mangsa keluar dari rumah kerana merajuk selepas dimarahi oleh ibu bapanya. 

“Pada 5.11 petang tadi, ahli keluarga mangsa telah tiba mengambil mangsa di Kuala Terengganu dalam keadaan selamat untuk pulang ke Shah Alam,” katanya.  

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Skandal 1MDB: RM1.6 bilion aset Rosmah dibekukan
Next: Tenaga pengajar institut kemahiran disyaki rogol pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.