Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari serikan majlis Berbuka Puasa Yayasan Sarawak 2025
  • TEMPATAN

Abang Johari serikan majlis Berbuka Puasa Yayasan Sarawak 2025

Utusan Sarawak 2 months ago
DUIT RAYA… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta kenamaan lain merakam gambar bersama penerima sumbangan duit raya semasa majlis Berbuka Puasa Kumpulan Yayasan Sarawak 2025 di BCCK, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyerikan majlis Berbuka Puasa Kumpulan Yayasan Sarawak 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Kehadiran beliau sekitar 6.45 petang disambut oleh dif-dif kenamaan yang hadir sebelum berbuka bersama 950 kakitangan dan ahli keluarga dari Kumpulan Yayasan Sarawak serta menunaikan solat Maghrib.

Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri Sarawak dan dif-dif kenamaan lain.

SERAH ZAKAT… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari menyaksikan sesi penyerahan zakat dari Datuk Amar Mohamad Abu Bakar kepada Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie semasa majlis Berbuka Puasa Kumpulan Yayasan Sarawak 2025 di BCCK, hari ini. Foto UKAS

Simbolik penyerahan zakat telah disampaikan kepada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohd Sibli Abang Mohd Nailie.

Selain itu, seramai 20 pelajar dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (Yakin), Yayasan Sarawak International Secondary School Petra Jaya, Kuching dan Sibu, pelajar-pelajar tajaan Yayasan Sarawak di bawah Program Pertukaran Pelajar dan anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak telah menerima sumbangan duit raya yang disampaikan secara simbolik oleh Abang Johari. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RTP kunci pembangunan komuniti
Next: Kuching City benam Sang Kenari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.