Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas cedera, kereta dipandu langgar pokok
  • KEMALANGAN

Warga emas cedera, kereta dipandu langgar pokok

Utusan Sarawak 2 months ago
MISI BANTUAN…Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta Perodua Kelisa selepas kenderaan itu terbabas dan melanggar pokok di tepi Jalan Tun Ahmad Zaidi, Kuching.-Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun cedera selepas kereta Perodua Kelisa yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok di tepi Jalan Tun Ahmad Zaidi, berhampiran Hospital Umum Sarawak, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.35 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi tiga minit kemudian, pasukan mendapati seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu. 

“Anggota bertindak menggunakan peralatan Rescue Tool untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa berjaya dikeluarkan pada 10.45 pagi sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: Tiga maut, dua cedera parah terlibat kemalangan jalan raya di Bintulu
Next: Dua penunggang maut motosikal rempuh pacuan empat roda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.