Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Red Devils bakal bina ‘rumah baharu’
  • SUKAN

Red Devils bakal bina ‘rumah baharu’

Utusan Sarawak 2 months ago
ILUSTRASI stadium baharu Manchester United daripada Foster + Partners London. Foto FB Manchester United

LONDON: Manchester United mengumumkan rancangan untuk membina stadium baharu berkapasiti 100,000 berhampiran lubuk bersejarah mereka, Old Trafford, dengan pemilik bersama kelab, Sir Jim Ratcliffe menjanjikan ‘rumah baharu’ akan menjadi padang bola sepak terhebat dunia.

Keputusan penting oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu dibuat selepas proses perundingan menentukan sama ada membangunkan stadium semasa atau terus berpindah.

Stadium itu, yang akan dibina sekitar Old Trafford, akan menelan kos sekitar £2 bilion (AS$2.6 bilion) dan skala masa projek ialah lima tahun.

United, juara liga Inggeris 20 kali, adalah salah satu kelab bola sepak paling ikonik di dunia tetapi sejak sedekad lalu, telah ketinggalan dalam prestasi di atas padang di belakang pesaing seperti Manchester City dan Liverpool.

Mereka kini mengalami musim yang suram di bawah pengurus semasa, Ruben Amorim dan menduduki tangga ke-14 dalam carta Liga Perdana.

Ratcliffe memberitahu BBC minggu ini bahawa beberapa pemain kelab tidak cukup bagus dan ada yang dibayar gaji berlebihan.

Sementara itu, model berskala dan imej konsep untuk stadium baharu United didedahkan pada hari ini di ibu pejabat arkitek Foster + Partners London, yang dilantik pada September tahun lalu untuk mereka bentuk stadium.

MODEL stadium baharu Manchester United. Foto FB Manchester United

“Hari ini menandakan permulaan perjalanan yang sangat menarik untuk menyampaikan stadium bola sepak terhebat di dunia.

“Stadium kami sekarang telah berkhidmat dengan cemerlang selama 115 tahun lalu, tetapi ia kini gagal menandingi arena terbaik sukan dunia,” kata Ratcliffe dalam satu kenyataan kelab.

United berkata, stadium dan projek penjanaan semula yang lebih luas berpotensi memberikan tambahan £7.3 bilion setahun kepada ekonomi United Kingdom (UK), termasuk kemungkinan mewujudkan 92,000 pekerjaan baharu.

Old Trafford, yang menjadi ‘rumah’ kelab sejak 1910, akan dirobohkan sebaik sahaja pembinaan stadium baharu siap.

PEMILIK bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe semasa majlis pengumuman pembinaan stadium baharu Manchester United di London. Foto FB Manchester United

Selain itu Ratcliffe, yang dilahirkan di Greater Manchester, berpendapat bahawa sebagai kelab bola sepak kegemaran dunia dan paling popular, Red Devils berhak mendapat stadium yang sesuai dengan statusnya.

Old Trafford ialah stadium kelab terbesar England dengan kapasiti sekitar 74,000 penonton tetapi kritikan terhadap stadium itu semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini setelah menghadapi isu-isu seperti kebocoran bumbung.

Stadium baharu yang dicadangkan itu akan disenaraikan sebagai stadium kedua terbesar di Eropah, kedua terbesar selepas Camp Nou di Barcelona, dan akan memuatkan 105,000 peminat sebaik sahaja naik taraf selesai. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Next: Seluruh England: Soon Huat-Shevon mara, Jun Hao tumpas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.