Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lebih 400,000 guru jalani pengesanan penilaian kompetensi digital
  • SEMASA

Lebih 400,000 guru jalani pengesanan penilaian kompetensi digital

Utusan Sarawak 2 months ago
TIMBALAN Menteri Pendidikan Wong Kah Woh pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 403,618 orang guru telah menjalani pengesanan tahap kompetensi digital setakat 31 Disember 2024, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Beliau berkata berdasarkan keputusan yang diperoleh, kementerian mendapati bahawa 23.9 peratus guru berada pada tahap kompetensi digital asas, manakala 74.3 peratus lagi berada pada tahap pertengahan, dan hanya 1.8 peratus pada tahap lanjutan.

“Latihan berkaitan pendidikan digital telah diberikan secara berterusan kepada guru. Sehingga 31 Dis 2024, seramai 1,410 guru telah memperoleh pensijilan profesional dan diiktiraf sebagai Pasukan Pakar JAUHARI KPM,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Amir Md Ghazali mengenai tahap kompetensi digital guru-guru dan langkah kementerian dalam memastikan kemahiran digital guru terus diperkasa.

Menurut Wong, kerjasama strategik dengan rakan industri seperti Microsoft, Google, dan Apple turut memberi tumpuan kepada kepakaran digital, dengan penyediaan latihan khusus bagi meningkatkan kemahiran guru. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sokong cadangan laksana semula sekatan perjalanan terhadap peminjam gagal bayar PTPTN
Next: Kajian Kebolehlaksanaan Projek Trans-Borneo Railway dijangka selesai tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.