Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 565 penduduk di Long Bemang terjejas banjir
  • Utara
  • WILAYAH

565 penduduk di Long Bemang terjejas banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
KEADAAN banjir di kawasan Kampung Long Bemang.

MARUDI: Seramai 565 penduduk yang mendiami 103 pintu rumah panjang di Long Bemang terjejas banjir ekoran hujan lebat berterusan beberapa hari lalu dan limpahan air dari Sungai Apoh/Tutoh.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri dalam kenyataan beliau berkata kawasan yang terjejas banjir ialah Kampung Long Bemang (1.7 kaki), SK Long Bemang (1.5 kaki) dan Klinik Kesihatan Long Bemang (2 kaki).

PANTAU…Anggota APM melakukan pemantauan di Long Panai.

Beliau telah mengarahkan anggota APM Telang Usan untuk memantau lokasi yang dinaiki air yang diketuai Pbt (PA) Noor Melati Uma dan anggota APM lain.

Katanya, bekalan elektrik dihentikan sementara oleh Sarawak Energy untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan tersebut.

Sementara itu, tambah Mirwan, penduduk yang terjejas banjir telah berpindah ke tingkat atas rumah panjang masing-masing dan dinasihatkan untuk berpindah segera sekiranya keadaan menjadi tidak selamat, walaupun keadaan masih terkawal.

Beliau menambah sesi persekolahan di SK Long Bemang masih beroperasi seperti biasa.

Turut terjejas banjir ialah Long Panai (4 kaki) dan Long Ukok (0.35 kaki).

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Akhirnya Chen Soon Ngin dapat status warganegara
Next: Ratusan kenderaan tunggu giliran isi minyak di Stesen Petronas Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.