Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hujan lebat, banjir ragut 40 nyawa di Bolivia
  • GLOBAL

Hujan lebat, banjir ragut 40 nyawa di Bolivia

Utusan Sarawak 2 months ago
PENDUDUK kejiranan Codavisa mendapatkan semula barang-barang mereka selepas tanah runtuh menjejaskan berpuluh-puluh rumah di selatan La Paz pada 10 Mac 2025. Foto AFP

LA PAZ: Hujan lebat dan banjir yang melanda Bolivia menyebabkan 40 maut manakala tujuh lagi hilang sejak musim tengkujuh bermula pada November, lapor Xinhua.

Timbalan Menteri Pertahanan Awam, Juan Carlos Calvimontes menjangkakan angka korban terus meningkat susulan kejadian tanah runtuh di bandar La Paz pada awal Isnin, yang menyebabkan 80 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk.

ANGGOTA bomba dan askar sukarela bekerja di kawasan itu selepas tanah runtuh menjejaskan berpuluh-puluh rumah di kejiranan Codavisa di selatan La Paz pada 10 Mac 2025. Foto AFP

Pihak berkuasa mengarahkan penduduk berpindah serta menasihatkan orang ramai supaya menjauhi zon berisiko tinggi bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh.

Setakat Ahad, 163,193 keluarga hilang tempat tinggal atau terpaksa berpindah, dengan kebanyakan mangsa berasal dari wilayah La Paz, menurut laporan terkini agensi pertahanan awam.

Sejak November, hujan lebat telah menjejaskan 105 perbandaran di seluruh negara. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Elon Musk sahkan X hadapi ‘serangan siber besar-besaran’
Next: Bekas Presiden Filipina, Duterte ditahan kerana kekejaman ‘perang dadah’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.