Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga maut, dua cedera parah terlibat kemalangan jalan raya di Bintulu
  • KEMALANGAN

Tiga maut, dua cedera parah terlibat kemalangan jalan raya di Bintulu

Utusan Sarawak 2 months ago

BINTULU: Tiga maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Jalan Pesisir Pantai Bintulu – Samalaju, awal pagi tadi.

Mangsa terdiri daripada dua wanita dikenali sebagai Nur Azalea Zakiah Jiben, 44, Ariana Juana Helda, 22, dan seorang lelaki bernama Simon Hiu, 39.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kesemua mangsa yang meninggal dunia menaiki sebuah kereta bersama dua lagi mangsa lain yang cedera parah.

Dua lagi mangsa lain yang cedera parah ialah Roslan Langga, 52, dan Ningkan Chalana, 50.

Sementara itu, dua mangsa yang menaiki lori tiga tan cedera ringan, dan seorang lagi mengalami patah kaki.

“Seorang mangsa, yang merupakan pemandu lori, berjaya keluar sendiri dan mengalami patah kaki, manakala tiga mangsa di dalam kereta meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujarnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.51 pagi, seterusnya menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong, dibantu oleh BBP Samalaju ke lokasi kejadian yang terletak 29 kilometer dari balai.

PBK I Fabian Andy Jesi selaku Komander Operasi kejadian dibantu seramai 14 anggota, dan dua jentera.

Antara agensi lain terlibat adalah lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan menggunakan dua ambulans.  

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya
Next: Warga emas cedera, kereta dipandu langgar pokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.