Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Individu bekerja sendiri digalak carum PERKESO
  • Selatan
  • WILAYAH

Individu bekerja sendiri digalak carum PERKESO

Utusan Sarawak 2 months ago
BANTUAN… Billy Sujang menyampaikan Bantuan Kotak Prihatin dan Faedah Pengurusan Mayat PERKESO kepada keluarga mendiang Paul Thomas Asen di Kampung Stenggang semalam. Foto UKAS

BAU: Golongan yang bekerja sendiri amat digalakkan untuk mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Akta 789 (Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri) bagi memastikan mereka mendapat perlindungan yang sewajarnya sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang menekankan kepentingan mencarum kerana ia menawarkan pelbagai manfaat yang boleh dituntut oleh pencarum dan waris mereka.

“Banyak faedah yang boleh dinikmati melalui caruman PERKESO, termasuk bantuan kewangan kepada waris sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

“Oleh itu, saya menggesa agar lebih ramai individu bekerja sendiri mengambil langkah proaktif dengan mencarum demi perlindungan diri dan keluarga,” jelasnya.

TINJAU… Billy Sujang turut meninjau perkembangan projek pembinaan rumah Bantuan Ehsan Kebakaran di Kampung Stenggang bagi memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar. Foto UKAS

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Bantuan Kotak Prihatin dan Faedah Pengurusan Mayat PERKESO kepada keluarga mendiang Paul Thomas Asen di Kampung Stenggang semalam.

Pada majlis itu, Pengarah PERKESO Negeri Sarawak, Tan Phang Chia turut berkongsi makluman penting kepada keluarga mendiang dan ADUN Opar mengenai manfaat yang diberikan.

Menurutnya, pihak PERKESO telah mengkreditkan wang Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM3,000 kepada waris mendiang.

Selain itu, waris mendiang juga layak menerima pencen bulanan sebanyak RM588 kerana mendiang Paul merupakan pencarum di bawah Akta 789.

Di kesempatan itu, Billy turut meninjau perkembangan projek pembinaan rumah Bantuan Ehsan Kebakaran di Kampung Stenggang bagi memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar.

Turut hadir, Ketua Kaum Kampung Sepadah, Anthony Jirang. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tindakan tegas terhadap pemilik haiwan ternakan dibiar merayau
Next: Tangani segera hakisan di Pantai Lutong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.