Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kadar tambang BAS.MY Kuching diturunkan hampir separuh harga mulai esok
  • TEMPATAN

Kadar tambang BAS.MY Kuching diturunkan hampir separuh harga mulai esok

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Penduduk Kuching bakal menikmati tambang bas yang lebih murah apabila tambang perkhidmatan BAS.MY Kuching dikurangkan sehingga 43.65 peratus bermula esok.

Penurunan kadar tambang ini adalah selaras dengan kadar tambang yang dikenakan di bandar-bandar lain di negara ini di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST).

Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak mengumumkan keputusan ini susulan maklum balas positif sejak perkhidmatan BAS.MY Kuching yang mula beroperasi pada 5 Mac lalu.

“Siling tambang yang lebih fleksibel di Sarawak bertujuan membantu pengendali bas tempatan untuk

memastikan perkhidmatan yang mampan dengan mengambil kira cabaran operasi tempatan.

“Buat masa ini, perkhidmatan tambang BAS.MY Kuching adalah berdasarkan jadual tambang di Sarawak.

“Memandangkan perkhidmatan BAS.MY merupakan program oleh Kerajaan Persekutuan, 

Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah bersetuju untuk menurunkan tambang BAS.MY

Kuching supaya diselaraskan bersama perkhidmatan BAS.MY di bandar-bandar lain di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, pengendali bas berhenti-henti berhawa dingin di Sarawak dibenarkan mengenakan tambang sehingga RM1.04 bagi tiga kilometer pertama dan 18 sen bagi setiap kilometer berikutnya.

Berbanding di Semenanjung Malaysia, kadar tambang maksimum adalah 94 sen untuk dua kilometer pertama dan 9.4 sen bagi setiap kilometer berikutnya di luar Kuala Lumpur.

BAS.MY, yang sudah beroperasi di bandar seperti Seremban, Melaka, Ipoh, Kangar, dan Kuala Terengganu, kini menambah Kuching sebagai destinasi terbaharu. 

Dengan pelaksanaan jadual tambang baharu ini, penduduk Kuching akan menikmati kos perjalanan yang lebih berpatutan tanpa menjejaskan kelestarian perkhidmatan bas di negeri itu.

Dengan perubahan kadar tambang itu, tambang bagi laluan dari Open Air Market ke Pusat Jantung ialah RM2.30, laluan dari Open Air Market ke Hospital Unimas (RM2.70) manakala dari Open Air Market ke Siburan (RM4.00).

Continue Reading

Previous: Tingkat keselesaan, keselamatan pengunjung
Next: TBS sumbang RM72, 337 hasil zakat untuk asnaf, pelajar tahfiz

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.