Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Teruja buka puasa bersama Anwar
  • NASIONAL

Teruja buka puasa bersama Anwar

Utusan Sarawak 2 months ago
KONGSI KEGEMBIRAAN… Datuk Seri Anwar Ibrahim memeriahkan Program Iftar Bersama Perdana Menteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini. -Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Lebih 10,000 orang memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Beliau yang tiba di pekarangan masjid pada 7.00 malam disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. 

Majlis yang bermula 5.30 petang itu dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan 13 agensi hal ehwal agama. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri, program berkenaan menjadi wadah terbaik untuk menyantuni golongan ilmuwan dan agamawan, masyarakat dan golongan asnaf di Ramadan, secara tidak langsung memupuk perasaan muhibah antara satu sama lain.

“Penganjuran program seperti ini adalah manifestasi nyata daripada ajaran Islam, yang mendorong umatnya untuk hidup dalam suasana penuh kasih sayang, saling menghormati dan membantu antara satu sama lain,” menurut kenyataan itu.

Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Rabbani, seterusnya tausiyah khas bertemakan ‘Ramadan Pemacu Ummah MADANI’ yang disampaikan Timbalan Mufti Negeri Pahang, Datuk Badlishah Alauddin.

Pada majlis itu, Mohd Na’im turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 120 asnaf daripada Bukit Bakong, Sepang dan juga sumbangan kepada sembilan institusi pondok.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Presiden PPj Datuk Fadlun Mak Ujud.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Banjir: Penduduk menderita, bertarung nyawa
Next: Fadillah ‘bersungkei’ bersama warga Petra

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.