Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Laporan ketiga doktor ganggu pesakit wanita
  • JENAYAH

Laporan ketiga doktor ganggu pesakit wanita

Utusan Sarawak 2 months ago

GEORGE TOWN: Seorang doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit Khamis lepas, ditahan semula hari ini bagi melengkapkan siasatan terhadapnya. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas. 

“Lelaki itu ditahan semula di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan kita hendak melengkapkan siasatan kes berkaitan laporan ketiga dibuat seorang wanita yang mendakwa dirinya juga menjadi mangsa.

“Doktor itu akan dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan terhadapnya selesai. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Polis menahan pegawai perubatan itu di sebuah hospital di sini pada 9.30 malam 26 Februari lepas, selepas menerima maklumat daripada pihak hospital. Suspek direman sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 2 Mac lalu.

Bagaimanapun, suspek ditahan semula Khamis lepas, selepas disyaki melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi pesakit wanita di sebuah klinik swasta di Pulau Tikus pada 2023, dan polis memperoleh perintah reman hingga hari ini.

Jumaat lepas, seorang wanita warga asing membuat laporan polis mendakwa suspek memperdayakannya untuk membuka pakaian ketika melakukan pemeriksaan jantung di hospital tempat doktor itu bertugas pada 20 Februari lalu.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lelaki maut terjatuh dari pusat beli-belah
Next: Cubaan seludup karkas khinzir dipatahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.