Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2025
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2025

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN… Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bergambar bersama rombongan kunjungan hormat awatankuasa Induk Kaul Mukah 2025 di Kasuma Resort pagi tadi.

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima rombongan kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2025 di kediaman rasminya di Kasuma Resort, di sini, pagi tadi.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian yang juga Presiden Persatuan Melanau, Abdul Yakub Arbi selaku Presiden Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2025.

PEHIN Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berbincang dengan rombongan kunjungan hormat yang diketuai Abdul Yakub Arbi.

Kunjungan hormat tersebut adalah untuk menjemput Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah ke majlis Keman Kaul bersempena dengan Pesta Kaul Mukah 2025 yang bakal berlangsung pada 27 April ini.

Pesta Kaul Mukah 2025 akan berlangsung bermula 19 hingga 27 April 2025 di Pantai Kala Dana, Mukah, bertujuan untuk memelihara adat resam serta memperkukuh perpaduan komuniti setempat dan sekitarnya.

Antara acara yang bakal berlangsung adalah Perarakan Serahang, Pertandingan Tibou, pameran kebudayaan dan kraf tangan serta persembahan tradisional.

Rombongan kunjungan hormat juga turut memohon pandangan dan nasihat Tun Wan Junaidi mengenai usaha memperkasa aspek budaya, pendidikan dan ekonomi di Mukah.

Turut hadir, ADUN Tellian, Royston Valentine, Residen Bahagian Mukah Datu Kueh Lei Poh, Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip dan rombongan yang lain.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sokong pertumbuhan usahawan berimpak tinggi
Next: Pelajar anak Sarawak di UiTM turut nikmati pendidikan percuma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.