Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM3.6 juta tingkatkan infrastruktur Surau Darul Amin
  • TEMPATAN

RM3.6 juta tingkatkan infrastruktur Surau Darul Amin

Utusan Sarawak 2 months ago
UNTUK ALBUM… Dato Sri Fadillah Yusof bersama Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Dato Hilmy Othman ketika menggaul bubur lambuk semasa Majlis Pelancaran Program Agihan Bubur Lambuk Kejiranan Mesra (KJM) Samariang, hari ini.

KUCHING: Sejumlah RM3.6 juta dicadangkan untuk disalurkan kepada Surau Darul Amin Samariang bagi meningkatkan infrastruktur dan kemudahannya.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata cadangan peruntukan tersebut bertujuan memastikan keselesaan jemaah serta menjadikannya sebagai pusat komuniti yang lebih berdaya maju dan inklusif.

“Surau ini bukan hanya untuk solat, tetapi juga sebagai tempat berkumpul dan menjalankan aktiviti yang boleh merapatkan hubungan dalam komuniti.

”Dengan adanya kemudahan lebih baik, kita dapat menggalakkan lebih banyak program kemasyarakatan,” katanya semasa berucap menyempurnakan majlis pelancaran Program Agihan Bubur Lambuk Kejiranan Mesra (KJM) Samariang, di sini hari ini.

Menjelas lanjut, katanya inisiatif menaik taraf surau ini akan melibatkan kerjasama pelbagai pihak, termasuk Jawatankuasa Pembangunan Surau, Pejabat Residen dan kerajaan Sarawak.

“Kita akan berusaha memastikan dana ini dapat disalurkan segera agar kerja-kerja naik taraf dapat dimulakan secepat mungkin.

”Ini penting bagi menjadikan surau sebagai pusat pembangunan komuniti yang berfungsi sepenuhnya. Dengan perancangan ini, Surau Darul Amin dijangka menjadi pusat aktiviti yang lebih dinamik dan mesra komuniti,” tambahnya.

UNTUK ALBUM… Dato Sri Fadillah Yusof bersama Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Dato Hilmy Othman ketika menggaul bubur lambuk semasa Majlis Pelancaran Program Agihan Bubur Lambuk Kejiranan Mesra (KJM) Samariang, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ketua masyarakat ejen perpaduan di peringkat akar umbi
Next: Kerajaan tambah RM2 bilion tangani isu kadar NRW

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.