Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sertai Kempen Derma Darah MADANI 12 Mac ini
  • WILAYAH

Sertai Kempen Derma Darah MADANI 12 Mac ini

Utusan Sarawak 2 months ago
POSTER info Kempen Derma Darah MADANI

MIRI: Warga Miri digesa memeriahkan serta menyertai Kempen Derma Darah MADANI yang akan diadakan pada 12 Mac ini di Teo’s Klinik, Tingkat 1 bermula 8.30 pagi hingga 1.00 petang.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata kempen itu merupakan salah satu inisiatif menyelamat nyawa dan memastikan bekalan darah mencukupi untuk pesakit yang memerlukan.

Katanya, kempen tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menderma darah serta membantu hospital dan pusat perubatan dalam menyediakan bekalan darah yang mencukupi.

“Setiap titisan darah yang diderma mampu menyelamatkan nyawa individu yang mengalami kecemasan perubatan, seperti mangsa kemalangan, pesakit yang menjalani pembedahan, ibu bersalin serta pesakit kronik seperti talasemia dan leukemia yang memerlukan transfusi darah secara berkala,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, selain manfaat perubatan, menderma darah turut memberikan manfaat kesihatan kepada penderma, termasuk membantu dalam pembaharuan sel darah merah, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

“Ia juga merupakan satu bentuk amal jariah yang membawa keberkatan kepada penderma.

“Saya berharap agar Kempen Derma Darah MADANI ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Miri.

“Sebagai Ahli Parlimen Miri, saya akan terus komited membantu mereka yang memerlukan serta menyokong inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang membawa kebaikan kepada rakyat,” jelasnya lagi.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pusat Dialisis Selangau dijangka beroperasi Jun ini
Next: Terminal Lori Bersepadu pertama Sarawak dibangunkan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.