Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • New York pula berdepan kebakaran, isytihar darurat 
  • GLOBAL

New York pula berdepan kebakaran, isytihar darurat 

Utusan Sarawak 2 months ago

Westhampton, New York

ISTANBUL: Darurat diisytiharkan di New York ketika kebakaran hutan terus merebak di Long Island, memaksa penduduk dipindahkan dan mengakibatkan gangguan besar, menurut pegawai.

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan Gabenor Kathy Hochul mengesahkan pasukan bomba, dengan sokongan helikopter Pengawal Kebangsaan, sedang berusaha memadamkan kebakaran berhampiran Pine Barrens, kawasan hutan di timur New York City yang menempatkan beberapa bandar.

“Ketika ini, kebakaran masih tidak terkawal,” kata Hochul dalam temu bual dengan News 12.

“Kami melihat penduduk terpaksa dipindahkan dari kawasan Westhampton.”

Angin kencang memburukkan lagi keadaan, menyebabkan asap tebal menyelubungi udara dan mendorong pemindahan sebuah pangkalan tentera serta penutupan lebuh raya utama. 

Pihak berkuasa di Southampton mengeluarkan amaran terhadap aktiviti pembakaran rekreasi memandangkan risiko kebakaran semakin meningkat.

“Berhati-hati semasa mengendalikan sebarang sumber pencetus api, termasuk mesin, rokok dan mancis,” Perkhidmatan cuaca memberi amaran. 

“Sebarang kebakaran yang tercetus berpotensi merebak dengan cepat.”

Pihak berkuasa terus memantau keadaan ketika pasukan kecemasan bertungkus-lumus mengawal kebakaran.

Data satelit NASA menunjukkan api dan kepulan asap menjangkau kira-kira 4 kilometer (2.5 batu) sepanjang Lebuh Raya Sunrise, laluan utama ke bahagian timur Long Island. 

Hochul berkata rumah berhampiran, sebuah kilang bahan kimia dan gudang Amazon berada dalam risiko.

Ketika kebakaran terus marak, video di media sosial menunjukkan kepulan asap tinggi berhampiran Belt Parkway di Brooklyn, meskipun punca kebakaran itu masih belum diketahui. 

Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.– BERNAMA-ANADOLU

Continue Reading

Previous: Angka korban ribut di Argentina meningkat
Next: Keganasan: Awasi, perkukuh keselamatan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.