KUMAMOTO: Banjir besar yang melanda Selatan Jepun setakat ini meragut sekurang-kurangnya 34 nyawa.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada Ahad termasuk di pusat jagaan orang tua yang menyaksikan kira-kira 16 orang terbunuh dalam bencana itu.
Kawasan perumahan dan bangunan mula ditenggalami air selepas air Sungai Kuma naik ke paras bahaya sebelum melimpah.
Pada masa sama, puluhan penduduk dilaporkan masih terperangkap dan masih menunggu bantuan daripada pasukan mencari dan menyelamat.
Dalam pada itu, 200,000 penduduk di wilayah Kumamoto dinasihat bersiap-sedia untuk berpindah ke tempat selamat susulan hujan berterusan sejak Jumaat.
Ketika ini, lebih 40,000 anggota pertahanan, pasukan penyelamat di air dan bomba dikerah dalam operasi menyelamat. –AFP