Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban ribut di Argentina meningkat
  • GLOBAL

Angka korban ribut di Argentina meningkat

Utusan Sarawak 2 months ago
RIBUT itu mencetuskan banjir besar, menyebabkan bandar dan kawasan sekitarnya ditutup.-AFP

BUENOS AIRES: Angka korban akibat ribut dahsyat yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 13 orang, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan, semalam.

Mereka turut memberi amaran bahawa jumlah itu mungkin meningkat kerana operasi menyelamat masih diteruskan.

Ribut itu mencetuskan banjir besar, menyebabkan bandar dan kawasan sekitarnya ditutup. Sekurang-kurangnya 1,059 orang dipindahkan, dan Hospital Besar Dr Jose Penna turut dinaiki air, memaksa kakitangan memindahkan pesakit, termasuk bayi baru lahir, ke kawasan yang lebih selamat.

Kerajaan Argentina telah mengerahkan kru kecemasan, dengan pegawai  peringkat nasional dan wilayah menyelaraskan usaha bantuan.

“Kita perlu membina semula bandar itu,” kata Menteri Kerajaan Wilayah Buenos Aires, Carlos Bianco. “Sesetengah orang kehilangan segala-galanya.”

Pegawai berkata ribut itu membawa hujan 11.8 hingga 13.8 inci dalam masa beberapa jam sahaja – hujan paling lebat dalam sejarah bandar itu – memecahkan rekod yang dicatatkan pada 1933.– BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Pelancong wanita Israel, pemilik inap desa dirogol beramai-ramai di India
Next: New York pula berdepan kebakaran, isytihar darurat 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.