Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Iftar Perdana’ di Tebingan Kuching meriah
  • TEMPATAN

‘Iftar Perdana’ di Tebingan Kuching meriah

Utusan Sarawak 2 months ago
‘SUNGKEI’ BERSAMA... Orang ramai menghadiri ‘Iftar Perdana’ di Tebingan Sungai Kuching petang tadi.

KUCHING: Kawasan Tebingan Sungai Kuching dimeriahkan dengan kehadiran ratusan masyarakat sekitar Kuching yang menghadiri majlis berbuka puasa ‘Iftar Perdana’.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, orang ramai telah membanjiri kawasan Tebingan Sungai Kuching seawal 5.00 petang dengan membawa pelbagai juadah makanan dan minuman.

Program anjuran Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Lebih menariknya, beberapa kelompok masyarakat yang menyertai program itu turut menyediakan khemah untuk dijadikan sebagai alas dan tempat berbuka puasa.

Berdasarkan tentatif program, usai berbuka puasa, turut diadakan solat Maghrib berjemaah di Masjid India.

Selepas solat tarawih, jamuan moreh turut disediakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam komuniti.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Isu Jururawat Sarawak: Masih dalam perbincangan
Next: 260 maut akibat Mpox

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.