Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Rizab Antarabangsa BNM AS$103.4 bilion Febuari 2020
  • BISNES

Rizab Antarabangsa BNM AS$103.4 bilion Febuari 2020

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR: Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$103.4 bilion (AS$1 = RM4.17) pada 28 Februari, 2020.

Bank pusat berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk pembiayaan 7.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek,” kata BNM dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Rizab antarabangsa berjumlah AS$104.3 bilion sehingga 14 Februari, 2020.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa pada 28 Februari, 2020, meliputi rizab mata wang asing AS$96.7 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (AS$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (US$1.9 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.5 bilion).

BNM berkata aset juga meliputi emas dan tukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR, berjumlah RM423.30 bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM1.74 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM829.05 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM6.94 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM11.97 bilion).

Modal dan liabiliti meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM143.33 bilion), mata wang dalam edaran (RM114.48 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM138.57 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM16.29 bilion), deposit lain (RM2.01 bilion), Kertas Bank Negara (RM23.78 bilion), peruntukan SDR (RM7.62 bilion) dan liabiliti lain (RM2.75 bilion).- Bernama

Continue Reading

Previous: Tingkatkan pengeluaran minyak sawit
Next: Dr Zeti Akhtar Aziz, Dr. Kamal Salih antara nama besar dalam SERC?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.