Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 46 mangsa banjir dipindah ke PPS Dewan Trusan
  • Utara
  • WILAYAH

46 mangsa banjir dipindah ke PPS Dewan Trusan

Utusan Sarawak 2 months ago
PINDAH MANGSA… Anggota bomba semasa melakukan operasi pemindahan mangsa banjir menggunakan bot di kawasan pesisir Trusan.

LAWAS: Seramai 46 mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Trusan, setakat 2.00 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang, Yunus Tambi berkata PPS Dewan Trusan itu dibuka susulan kawasan perkampungan di sepanjang Sungai Trusan mula dinaiki air, awal pagi tadi.

“Seramai 46 mangsa terjejas banjir, membabitkan sembilan keluarga dari empat kampung ditempatkan di PPS Dewan Trusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu di Limbang, tiada PPS telah dibuka setakat ini dan kawasan banjir hanya melibatkan jalan dan laluan.

Pasukan penyelamat seperti bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Lawas turut berada di lokasi sejak awal pagi tadi bagi membantu operasi pemindahan mangsa ke PPS dan kawasan selamat.

Hujan lebat mula melanda sejak petang Jumaat lalu hingga malam tadi.

Susulan itu, beberapa kawasan di Lawas turut mengalami gangguan bekalan elektrik, air dan telekomunikasi.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas digesa jalani saringan kesihatan
Next: Penduduk Kampung Spaoh terima sumbangan buah kurma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.