Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Zii Jia tewas kepada pemain bukan pilihan
  • SUKAN

Zii Jia tewas kepada pemain bukan pilihan

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Hasrat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia untuk melangkah lebih jauh di Orleans Masters, Perancis tidak kesampaian selepas tewas kepada pemain bukan pilihan dari Ireland, Nhat Nguyen pada peringkat suku akhir awal pagi tadi waktu tempatan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Palais des Sports, Nguyen hanya memerlukan 39 minit untuk mencatat kemenangan 23-21, 21-7 ke atas Zii Jia, yang turun sebagai pilihan utama kejohanan.

Kemenangan itu membolehkan Nguyen memecahkan rekod tanpa kemenangan dalam tiga pertemuan terdahulu dengan Zii Jia. Pemain Ireland itu kini bakal berdepan wakil tuan rumah, Alex Lanier, di separuh akhir hari ini.

Sebagai rekod, ini merupakan kejohanan pertama yang disertai Zii Jia musim ini selepas pulih daripada kecederaan buku lali yang dialami ketika Jelajah Dunia BWF, Disember lepas.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King meneruskan kemaraan selepas menundukkan pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Poh Hsuan, 21-19, 21-18.

Mereka kini bersedia menghadapi cabaran getir menentang pilihan utama kejohanan, Liang Wei Keng-Wang Chang, buat kali pertama di separuh akhir. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tidak pandang rendah prestasi United
Next: Liverpool terus unggul di puncak liga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.