Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dataran utama di Copenhagen dinamakan semula sebagai ‘Palestine Square’
  • GLOBAL

Dataran utama di Copenhagen dinamakan semula sebagai ‘Palestine Square’

Utusan Sarawak 2 months ago
MAJLIS Bandaraya Copenhagen di Copenhagen, Denmark.

COPENHAGEN: Majlis Bandaraya Copenhagen secara rasmi meluluskan cadangan untuk menamakan semula salah satu daripada dataran utama di ibu negara itu kepada ‘Palestine Square’.

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan, keputusan itu dibuat berikutan beberapa perbincangan dan diluluskan hari ini (Jumaat), dengan 29 undi menyokong.

Dataran itu, yang terletak di Daerah Norrebro antara Norrebrogade, Esromgade dan Hillerodgade akan dinamakan semula secara rasmi pada 1 April depan.

Nama baharu itu mencerminkan sokongan berterusan Denmark untuk Palestin dan rakyat Palestin.

Komuniti Palestin di Denmark menyambut baik keputusan itu, melihatnya sebagai bukti hubungan erat antara Denmark dan Palestin.

Mereka menyifatkan langkah menamakan semula dataran itu menunjukkan solidariti negara kepada perjuangan Palestin, mengesahkan pendirian negara itu dalam menyokong hak Palestin dan usaha mereka untuk kebebasan dan kemerdekaan.

Ahli Majlis Bandaraya turut melahirkan rasa bangga dengan keputusan itu, menegaskan ia mewakili sokongan rakyat Denmark untuk perjuangan Palestin dan hak mereka untuk menubuhkan negara merdeka. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pentadbiran Trump rangka senarai negara dilarang memasuki AS
Next: Thai Airways larang guna ‘power bank’ dalam pesawat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.