Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KSN umum 7 perubahan penempatan, lantikan baharu pengurusan tertinggi perkhidmatan awam
  • NASIONAL

KSN umum 7 perubahan penempatan, lantikan baharu pengurusan tertinggi perkhidmatan awam

Utusan Sarawak 2 months ago

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan tujuh perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

Beliau berkata, perubahan penempatan itu akan berkuat kuasa 10 Mac ini dengan membabitkan lima Ketua Setiausaha kementerian dan masing-masing seorang Ketua Pengarah serta Ketua Setiausaha Sulit.

Perubahan itu menyaksikan Datuk Dr Aminuddin Hassim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan; Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; serta Datuk Ruji Ubi sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.

Selain itu, Datuk Dr Anesee Ibrahim sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, manakala Datuk Shaharuddin Abu Sohot pula Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Seterusnya, Datuk Shahrol Anuwar Sarman dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri, JPM.

“Perubahan ini dilaksanakan selaras dengan agenda reformasi perkhidmatan awam untuk memperkasakan anjakan nilai tugasan penjawat awam, khususnya pegawai kanan.

“Ia bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan perkhidmatan awam,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook. – Bernama.

Continue Reading

Previous: YouTube perketat dasar berkaitan kandungan perjudian dalam talian
Next: Adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan hilang sejak 25 Feb

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.