Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ziarah Ramadan perkukuh silaturahim
  • Selatan
  • WILAYAH

Ziarah Ramadan perkukuh silaturahim

Utusan Sarawak 2 months ago
AWLA Dris menyampaikan bubur lambuk kepada penerima. Foto UKAS

SADONG JAYA: Program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat setempat bertujuan mengeratkan hubungan dan memperkukuhkan silaturahim dengan penduduk kawasan Simunjan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata program ini bukan sahaja memberikan peluang kepada masyarakat untuk berbuka puasa bersama dalam suasana penuh ukhuwah tetapi juga mendekati penduduk, mendengar keluhan serta memahami keperluan mereka secara langsung.

“Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan ia sangat bermakna bagi kita semua untuk bersama-sama berbuka puasa dalam suasana kekeluargaan ini,” kata Awla ketika ditemui dalam program tersebut semalam.

Selain berbuka puasa bersama, majlis turut diserikan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Samarahan, Ustaz Anwar Musadad Muhamad Tajuddin.

Sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat, Awla menyampaikan 200 pek bubur lambuk kepada tetamu yang hadir serta menyerahkan 50 bakul makanan daripada Baitulmal Cawangan Samarahan kepada golongan asnaf di kawasan tersebut.

Untuk rekod, Awla melalui pusat khidmat beliau akan meneruskan program Ziarah Ramadan ini di empat masjid terpilih dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan.

Masjid Darul Rahman, Kampung Rangawan merupakan lokasi pertama, diikuti Masjid Darul Taqwa, Kampung Sungai Apin pada 9 Mac, Masjid Darul Hijrah, Daerah Simunjan pada 15 Mac dan diakhiri dengan Masjid Al-Ansari, Kampung Kelka pada 16 Mac.

Turut hadir, isteri kepada Awla, Napsiah Abang Kaderi, Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, Abdullah Sam Yusup, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Samarahan, Ustaz Anwar Musadad Muhamad Tajuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Rahman.- UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mobile Service2U: Inisiatif dekati masyarakat
Next: Lengkapkan tenaga kerja kemahiran asas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.