Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jet pejuang tidak sengaja jatuhkan lapan bom, 15 cedera
  • GLOBAL

Jet pejuang tidak sengaja jatuhkan lapan bom, 15 cedera

Utusan Sarawak 2 months ago
TENTERA Korea Selatan dan pekerja penyelamat memeriksa rumah yang rosak selepas kemalangan bom di sebuah kampung di Pocheon pada 6 Mac 2025. Foto AFP

SEOUL: Seramai 15 orang cedera pada Khamis selepas dua jet pejuang KF-16 milik Tentera Udara Korea Selatan secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom air-to-surface di luar kawasan latihan di Pocheon, lapor Agensi Berita Yonhap.

Insiden itu berlaku sekitar 10.04 pagi waktu tempatan dan mengakibatkan kecederaan kepada 15 orang, termasuk dua anggota tentera dan dua warga asing. Kejadian itu turut menyebabkan kerosakan kepada sebuah gereja dan tujuh bangunan lain.

Pihak bomba memaklumkan bahawa dua lelaki mengalami kecederaan serius di bahagian muka dan bahu, namun dilaporkan stabil.

TENTERA Korea Selatan berkawal berhampiran tapak kemalangan bom di luar kawasan latihan tembakan langsung tentera di Pocheon pada 6 Mac 2025. Foto AFP

Lapan mangsa lain yang mengalami cedera ringan telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Jumlah mangsa cedera dijangka meningkat berikutan lebih ramai individu tampil mendapatkan rawatan.

Seramai 50 penduduk di kawasan itu telah dipindahkan ke dewan bandar berhampiran sebagai langkah keselamatan.

Pegawai tentera berkata pesawat tempur KF-16 yang terlibat dalam latihan itu, ‘secara tidak sengaja’ menjatuhkan empat bom MK-82 setiap satu.

Tentera Udara Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap insiden itu yang diketuai oleh Timbalan Ketua Staf Leftenan Jeneral Park Ki-wan.

“Kami memohon maaf atas kerosakan yang menimpa orang awam akibat kejadian ini serta berharap mangsa yang cedera segera pulih.

“Kami akan mengambil semua langkah yang diperlukan, termasuk pampasan bagi kerosakan yang berlaku,” menurut kenyataan Tentera Udara Korea Selatan.

Terdahulu pada hari yang sama, Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengadakan latihan bersama berhampiran sempadan antara Korea demi menghadapi ancaman ketenteraan Korea Utara menjelang latihan tahunan mereka bulan ini.

Latihan itu diadakan di Seungjin Fire Training Field di Pocheon, dengan mengerahkan lebih 160 aset ketenteraan termasuk kereta kebal K2, howitzer K55A1, helikopter serangan Apache dan pesawat stealt F-35A, menurut Tentera Darat. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Siklon Alfred, penerbangan utama Australia digantung sementara
Next: Aidilfitri 2025: Indonesia sedia sambut 146.48 juta pengembara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.