Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Rugi lebih RM1 juta ditipu ‘pegawai Bank Negara’
  • JENAYAH

Rugi lebih RM1 juta ditipu ‘pegawai Bank Negara’

Utusan Sarawak 2 months ago
DITIPU… Seorang wanita berusia 45 tahun itu membuat laporan polis semalam dengan menyatakan wang terbabit dibayar kononnya bagi menyelesaikan jenayah pengubahan wang haram yang dilakukannya.

IPOH: Seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan dan hasil perniagaannya ‘lebur’ akibat ditipu menerusi panggilan telefon oleh seorang lelaki menyamar sebagai ‘pegawai Bank Negara’.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata wanita berusia 45 tahun itu membuat laporan polis semalam dengan menyatakan wang terbabit dibayar kononnya bagi menyelesaikan jenayah pengubahan wang haram yang dilakukannya.

“Oleh kerana takut, mangsa telah mengikut segala arahan yang diberi dengan membuat tujuh pindahan wang secara berperingkat mulai 3 Disember 2024 hingga 10 Februari lepas ke dalam tiga akaun bank berbeza yang keseluruhannya berjumlah kira-kira RM1.28 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dijanjikan wangnya akan dipulangkan, namun tidak menerimanya setakat semalam lalu menceritakan hal berkenaan kepada rakannya.

Mangsa katanya membuat laporan polis selepas diberitahu rakannya kemungkinan telah ditipu dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Mohamad Sajidan menasihati orang ramai supaya tidak mudah panik dan jangan percaya dengan apa jua dakwaan yang diterima melalui panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.

“Orang ramai juga diingatkan supaya menyemak dengan polis atau agensi kerajaan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Jerutan pada leher punca kematian Pegawai Tribunal Kastam
Next: Gelandangan tanpa pengenalan diri ditemukan meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.