Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jangan bertelagah semasa Ramadan -Anwar
  • NASIONAL

Jangan bertelagah semasa Ramadan -Anwar

Utusan Sarawak 2 months ago
TERTARIK… Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat reruai pameran pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini. Turut kelihatan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhasrat meneruskan persengketaan dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim atas semangat Ramadan, selepas penarikan semula kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata, memaafkan itu tidak sama sekali merendahkan darjat manusia, bahkan mengangkat kedudukan hamba di sisi Tuhannya.

“Amalan berpuasa mesti menjentik dhamir (diri) manusia agar kembali kepada fitrah asal kejadian termasuk menghidupkan budaya wacana yang segar dan menolak amalan fitnah memfitnah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, hari ini.

Tunku Nashrul berkata, Ramadan mengajar umat Islam agar tidak mudah melempar sesuatu tuduhan kepada insan yang lain.

Beliau berkata, perkara itu bukan sahaja menimbulkan fitnah kepada yang tertuduh, malah turut mengembalikan fitnah kepada si penuduh.

“Amalan jelek sebegini mesti dihentikan dan tidak dibudayakan, terutamanya dalam kalangan pejuang-pejuang Islam,” katanya.

Kes saman difailkan Perdana Menteri terhadap Ahmad Amzad selesai secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam, selepas kedua-dua pihak mencapai penyelesaian di luar mahkamah dan bersetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan awam.

Saman itu berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Peguam Datuk SN Nair yang mewakili Anwar berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan pertikaian setelah mempertimbangkan kesan saman fitnah serta kos perundangan yang bakal ditanggung oleh mereka, memandangkan terdapat banyak isu lebih besar atau penting perlu diberikan perhatian.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: PDRM guna AI lancar siasatan
Next: Rugi RM120,000, rumah dibadai ribut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.